Create your own web pages in minutes...
Create your own web pages in minutes...
Selamat Datang Ke Laman Web Qalam Sutera Enterprise...
Qalam Sutera Enterprise adalah sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2006 yang berpusat di Kuching, Sarawak. Di awal penubuhan, kami banyak memasarkan produk panduan untuk rumahtangga khusus untuk suami isteri melalui Mail Order. Dari situlah kami mula mengembangkan perniagaan dengan menceburi pemasaran melalui internet pula pada awal 2008. Sambutan yang diterima amat mengalakkan. Ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Dengan sokongan daripada para pelanggan kami semakin yakin untuk meneruskan perniagaan yang kami usahakan ini dengan satu niat iaitu membantu seikhlas mungkin suami isteri yang bermasalah dalam hubungan kelamin.
Walaupun sumbangan yang kami berikan ini tidaklah sebesar mana tetapi bantuan yang kami berikan setidak-tidaknya telah berjaya mengembalikan kecerian dan kebahagian rumahtangga yang telah sekian lama hambar dan tidak bermaya. Tetapi ingin kami tegaskan bahawa syarikat kami tidak memasarkan bahan lucah dan pornografi. Semua bahan yang kami pasarkan adalah tidak langsung mempromosikan seks bebas dan ia berpandukan kepada adab ke Timuran yang berlandaskan kepada syariat agama.
Sesungguhnya persoalan mengenai seks memang sukar untuk dijelaskan secara terbuka apatah lagi untuk mempromosikannya kepada umum. Sebenarnya seks bukanlah kotor dan lucah seperti yang kita gambarkan. Cuma masyarakat kita telah sebati dengan seks yang dihidangkan dari Barat yang berunsurkan seks bebas dan keterlaluan. Banyak bahan seksual yang kita perolehi berunsur keseronokan tanpa menitik beratkan kepada kesenian dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi menjayakan nafkah batin yang dituntut oleh agama. Inilah yang kami tekankan dalam setiap produk keluaran kami iaitu panduan seksual yang menjuruskan kepada kesempurnaan nafkah batin yang sering diabaikan oleh suami isteri.
Harapan dari kami semoga sumbangan yang kami berikan kepada masyarakat terutama kepada suami isteri ini dapat membantu mengembalikan kebahagian rumahtangga demi untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera. Daripadanya nanti bakal lahir pula generasi yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang mantap.
Akhirul qalam, terima kasih kerana sudi melayari lawan web kami. Semoga anda menemukan sesuatu yang mampu mengembalikan keceriaan rumahtangga anda di sini. Anda boleh mendapatkan panduan hubungan suami isteri daripada kami melalui laman web ini.
Sekian, terima kasih.
Copyright 2006-2009. Qalam Sutera Enterprise. All rights reserved.